3 Ogos 2010

~khas untuk insan yg bernama wanita~


Assalammualaikum w.r.t....
yessss!!!akhirnya brjaya jugak menembus gawang internet yang sedari tadi asyik gelong (xbetol) jer..ok, kite teruskan dengan pembelajaran kite pada hari ni. Eh eh...silap2..mcm cekgu la plak kan...hahaha...bkn pembelajaran tapi post yg baru tercetus dari minda sebelum nak p tidoq.hahaha...

Dear muslimah, wanita, gadis, anak2 dara sekalian....
Renung-renungkan ye...
Wanita ibarat sebijik epal...
Epal yang segar tanpa ada sedikit pun cacat cela baik dari fizikal atau dalamannya..
Epal yang berkualiti adalah epal yang berada di puncak tertinggi, yang tak termampu untuk dipetik atau digapai..
Padahal, epal yang kurang berkualiti, berada di paras yang senang untuk dipetik dan dijamah pada bila2 masa...
Bagi epal yang tidak berkualiti pula, ia sudah dipengaruhi oleh anasir2 jahat sehingga ia berguguran ke tanah..

Jadi, yang mana satukah pilihan anda???
Wahai wanita solehah, janganlah kamu risaukan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada kecantikkanmu, pada tutur bahasamu, pada lirikan senyumanmu ataupun pada lenggok badanmu yang akan meruntuhkan imannya...
Janganlah risau teman-temanku sayang,
Telah terungkap nama lelaki yang tercipta untukmu sejak di Luh Mahfuz lagi..
Lelaki yang sebenar-benarnya layak buat dirimu dan akan menerimamu seadanya..
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana peribadimu itu, 
Jika kau tetap berada di atas jalanNya, insyaAllah dia juga berada di atas jalan yang sama.
Janganlah berputus asa untuk menunggu lelaki itu kerana dia akan hadir jua dalam hidupmu suatu hari nanti....insyaAllah...
p/s: post ni jugak ditujukan untuk diriku yang sntiasa khilaf dalam menilai erti qada' dan qadarNya...aku percaya, my true man will be coming soon dan aku percaya dengan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk aku.
~Sekian....salam sayang~
~nyte~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan