11 Januari 2011

jom perbaiki diri!!

Assalammualaikum w.r.t...
jeng..jeng..jeng...hehehe..udah lama ya gak ketemu. First of all, masih belum terlambat kan untuk sy mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan juga selamat menjalani semester baru buat sahabat2 seperjuangan sekalian. Dah menjadi lumrah manusia, bila melangkah aje ke tahun baru macam2 azam yang dibuat. Sampai buat list gitu. Apa kata, pada tahun 2011 yang penuh barakah ini sama2 kita mencuba untuk memperbaiki diri. Oppsss!!jgn tersalah tafsir plak maksud memperbaiki diri yg sy perkatakan ini. Erti kata memperbaiki diri ini bermaksud mengurangkan kelemahan2 yg ad dalam diri kita sepanjang tahun 2010 dan tahun2 lepas serta menambahkan kelebihan dalam diri yang selama ni tak pernah ditunjukkan pada sesiapa pun. Kalau nak berhijrah pun lagi bagus!!!aiipp2..tp berhijrah dr yang buruk kepada yg baik taw..dan yang baik kepada yg lebih baik. InsyaAllah, Allah sentiasa mengetahui niat baik kita itu. Tak dinafikan, diri sy jugak banyak kekurangan yang sy sedar dan juga tak sedar. Jadi, jom sama2lah kita berubah!!!sebab ape kita perlu berubah??contohnya..

  • Setiap manusia kt muka bumi Allah ni nakkan kesempurnaan. Bak kata org puteh, the perfect one comes first. Memang la bukan semua org kt dunia ni dilahirkan sempurna tp begitulah naluri setiap manusia. Dah tak boleh nk cakap ape dh. So, why not kalau kita sendiri yang berusaha mencari kesempurnaan dlm diri kita sebelum menginginkan kesempurnaan dalam diri org laen. Seperti soal jodoh. Lelaki nakkan wanita yang cantik, pandai masak, pandai layan suami, lemah-lembut. Tetapi pernahkah anda berfikir kelayakan anda terlebih dahulu?? bagi kaum wanita pulak, kami ni memang nakkan lelaki yang ada pangkat besar, kereta besar, rumah besar bahkan semualah yang besar2 belaka. Tapi, layakkah kita sebagai kaum hawa di muka bumi ini untuk mendapatkan kesempurnaan itu???tepuk dada, tanya selera. 
  • Setiap manusia kt bumi ni sentiasa nak bersikap iri hati. Dah nama pun manusia kan..memg tak dapat lari dari sifat2 jahiliah ni. Bukan saje iri hati, hasad dengki dan seketurunan dengannya jugak selalu bermaharaja dalam diri. Ekceli, sifat tu dapat dikawal. Dan cara nak kawal, adalah dengan iman kita. InsyaAllah jika iman dh mantap, sifat2 seperti itu takkan wujud dalam diri. Jika sesiapa yang dh sejak azali lagi menyimpan sikap seperti ini, tak rugikan kalau kita buang saja sikap buruk ini. Sikap buruk seperti ini bukan saja memudaratkan kepada masyarakat sekeliling bahkan pada diri sendiri. So, jom kita buang sekarang!!!hehehe...
  • Lagi satu sifat yang agak bahaya adalah lupa diri. Ni memang kes berat. Memang patut berubah ni. Manusia sentiasa diuji oleh Allah S.W.T samada ujian kesusahan ataupun kesenangan. Selalunya, ujian kesenangan yang akan menyebabkan manusia lupa diri. Tapi ada jugak kadang2 kesusahan jd penyebab manusia lupa diri. Kes seperti itu, dah tak boleh nak kata apa dh. Dah tahap ICU dah tu. So, kita sebagai hamba Allah seharusnya sedar bahwa kesenangan dan kesusahan semuanya datang dari Allah. Belajar menerima Qada' dan Qadar adalah penawar untuk penyakit lupa diri ini. Wallahua'alam..

So, marilah kita perbaiki diri kita pada tahun ini agar menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas. Muhasabah diri dan tingkatkan prestasi.hehehe..(peringatan untuk diri sy jugak)

p/s: Mungkin jgk jodoh xsmpai lg sb perubahan maseh belum di tahap yang membanggakan kan??anyway, diharap *dia* jugak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri sebelum kita berjumpa satu hari nanti..*wink*wink*...sekian, salam sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan