14 Disember 2011

janji yang pasti

Assalammualaikum w.r.t sayangs~

Segalanya yang bermula dengan kesedihan, kegagalan dan keperitan tidak semestinya berakhir dengan kesedihan, kegagalan dan keperitan juga. Percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik tabir yang kita tak tahu. 

Ya Allah..
Aku tahu Kau dah sediakan yang terbaik untuk diriku,
Kau takdirkan aku ke arah bidang kejuruteraan berbanding perubatan yang pernah aku minat suatu ketika dulu,
Kau temukan aku dengan seseorang yang baik dan soleh tetapi dia bukan jodohku,
Dan Kau jadikan aku kuat dan tabah harungi hidup selepas perpisahan mak dan abahku,
Kerana aku yakin bahawa janjiMu itu pasti bagiku...
Pastinya jurutera adalah lebih baik dari doktor buatku..
Pastinya ada lelaki lain yang terbaik untukku darinya..
Dan pastinya ada bahagia untukku yang tercipta suatu saat nanti..
Aku menunggu janji pastiMu itu Ya Allah...

notapalalutut: redha dan pasrah adalah dua perkara yang berbeza.redha itu menerima dan pasrah itu menyerah.



3 ulasan: